Pati Ditahan Di Penang Central



Hasrat sekumpulan warga asing untuk meluangkan masa pada cuti umum sempena Tahun Baharu Cina tidak kesampaian apabila mereka dicekup oleh Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang, hari ini. Mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen di sekitar Penang Sentral.

Mereka adalah antara 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigiresen dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 3 petang. Operasi terbabit dilakukan hasil risikan daripada maklumat awam berikutan ramai warga asing yang mengambil kesempatan cuti umum untuk menggunakan perkhidmatan bas.


Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Pulau Pinang), Izham Idris berkata, dalam operasi itu seramai 976 warga asing diperiksa.
Katanya, PATI yang ditahan itu terdiri daripada 59 lelaki dan 11 wanita berasal dari Indonesia, Nepal, Myanmar, Bangladesh dan India.

Sumber : Berita Harian

Pati Ditahan Di Penang Central Pati Ditahan Di Penang Central Reviewed by abang burung on February 05, 2019 Rating: 5

No comments:

Pulau Pinang Kecewakan Penyokong Di Bandaraya

Pasukan Pulau Pinang bermula langkah kiri bagi kempen permulaan saingan liga permier apabila dikalahkan oleh pasukan Terangganu FC ll d...

Powered by Blogger.