Pulau Pinang Kembali ke Stadium Bandaraya



Saingan liga premier 2019 bagi pasukan pulau pinang pada musim ini dilihat seperti ada sinar baru apabila kembali menjadikan stadium keramat iaitu stadium bandaraya sebagai tuan rumah untuk aksi saingan liga premier untuk musim kali ini, musim lepas stadium negeri batu kawan menjadi homeground buat pasukan pulau pinang, berita ini sedikit memberi kegembiraan buat penyokong pulau pinang kerana rata-rata penyokong gemar menyaksikan aksi pulau pinang di stadium bandaraya.

Stadium bandaraya berwajah baru apabila tempat penonton di 'tangga ayam' atau tempat duduk terbuka telah diubahsuai menjadi lebih baik dan selesa buat penyokong yang hadir.

Pulau pinang bakal bermain di stadium bandaraya untuk perlawanan pertama liga premier menentang Terangganu FC ll pada 2-2-2019 pada pukul 9.00 malam. Diharapkan penyokong pulau pinang dapat memenuhi stadium untuk menjadi pemain ke 12 penang untuk memberi semangat buat pasukan kesayangan kita. Mudah-mudahan pasukan pulau pinang dapat memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri dengan mencatat kemenangan dan memungut 3 mata penuh.

Jangan lupa hantar gambar anda dengan mengayakan pakaian jersey penang atau apa saja yang mengambarkan  penang di dalam inbox page Penang FA - Harimau Kumbang Supporters untuk admin publish ke dalam wall pages.

HARIA PENANG HARIA..
Pulau Pinang Kembali ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang Kembali ke Stadium Bandaraya Reviewed by abang burung on February 02, 2019 Rating: 5

No comments:

Pulau Pinang Kecewakan Penyokong Di Bandaraya

Pasukan Pulau Pinang bermula langkah kiri bagi kempen permulaan saingan liga permier apabila dikalahkan oleh pasukan Terangganu FC ll d...

Powered by Blogger.