Liga Super Malaysia 2019 : Terangganu 1-1 PKNS



Saingan liga malaysia bermula hari ini yang membabitkan pasukan liga super dan liga premier, setelah beberapa bulan berehat kini peminat bolasepak tanah air akan kembali menyaksikan saingan hebat baik di liga super mahupun di liga perdana.

Perlawanan yang membabitkan pasukan dari pantai timur terangganu dan pasukan yang berstatus kelab PKNS nampaknya berlangsung dalam keadaan sedikt hujan namun kerancakkan permainan tidak terganggu apabila kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang.

Permainan juga dihiasi dengan pergaduhan namun pengadil berjaya mengawal keadaan. Separuh masa pertama dilihat kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol apabila kedudukan 0-0 kekal sehingga waktu rehat, namun masuk babak kedua, pasukan pelawat berjaya dihadapan apabila nick swirad berjaya menjaringakan gol menerusi tandukan hasil sepakan sudut pada minit 65 perlawanan.

Ketiadaan pemain tengah terangganu Lee tuck dilihat menjadi salah satu faktor terangganu kurang mendapat peluang terbaik kerana pemain ini sering membuat thrupass yang menarik selain mempunyai skill sepakan deras dari luar kotak penalti. Kedudukan yang dilihat bakal memberi 3 mata buat pelawat akhirnya terjawab apabila pemain gantian Abdul malik mat arif berjaya menjaringkan gol di minit akhir perlawanan untuk menyelamatkan kedudukan 1-1 seterunya berjaya mendapat 1 mata.


Liga Super Malaysia 2019 : Terangganu 1-1 PKNS Liga Super Malaysia 2019 : Terangganu 1-1 PKNS Reviewed by abang burung on February 02, 2019 Rating: 5

No comments:

Pulau Pinang Kecewakan Penyokong Di Bandaraya

Pasukan Pulau Pinang bermula langkah kiri bagi kempen permulaan saingan liga permier apabila dikalahkan oleh pasukan Terangganu FC ll d...

Powered by Blogger.