Bawa Jenazah Ibu Atas Basikal Sejauh 5 km



New Delhi India, Seorang remaja di India sanggup membawa jenazah ibunya yang terbujur kaku dengan menaiki basikal. Saroj, 17, dari negeri Odisha turut menjadi tular kerana berjalan tanpa memakai kasut sejauh 5 kilometer untuk ke lokasi pengebumian.

Ibu remaja itu, Janaki Sinhania, 45, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika sedang mengambil air. Saroj cuba meminta bantuan jiran mereka di perkampungan Karpabahal untuk upacara pembakaran, namun tiada siap sudi menghulurkan bantuan hanya kerana kedua-dua beranak itu berasal dari kasta rendah.

Berikutan tiada pilihan lain, remaja lelaki itu memutuskan untuk membawa jenazah ibunya dan mengebumikannya sendiri di hutan.'Perjalanan terakhir' ibunya itu turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang bertanyakan apa di belakang basikalnya. 'Ini adalah ibu saya," jawabnya dengan perlahan. - India Today

Cerita ini menarik simpati netizan apabila merasa sedih bila anaknya begitu tabah membawa jenazah ibunya hanya menaiki basikal, situasi begini belum ada di malaysia.
Bawa Jenazah Ibu Atas Basikal Sejauh 5 km Bawa Jenazah Ibu Atas Basikal Sejauh 5 km Reviewed by Anonymous on January 20, 2019 Rating: 5

No comments:

Pulau Pinang Kecewakan Penyokong Di Bandaraya

Pasukan Pulau Pinang bermula langkah kiri bagi kempen permulaan saingan liga permier apabila dikalahkan oleh pasukan Terangganu FC ll d...

Powered by Blogger.