EPL : Arsenal 2-0 Chelsea - 20/1/2019



Perlawanan Premier League awal pagi tadi yang melibatkan team tempat ke 4 dan 5 antara chelsea dan arsenal yang dijangkakan sengit nampaknya berlaku sebaliknya apabila tuan rumah arsenal dengan mudah menewaskan chelsea 2-0 dan seterusnya merapatkan mata dengan chelsea yang berada di kedudukan 4 dengan hanya membezakan 3 mata selepas tamat perlawanan.

Gol arsenal kedua-duanya dijaringkan dalam separuh masa pertama perlawanan apabila pemain forward arsenal iaitu Alexandre Lacazette meledak gol pada minit ke 14 apabila sepakkan derasnya di dalam kotak penalti gagal ditepis oleh penjaga gol chelsea kepa Arrizabalaga, gol kedua arsenal pula hadir pada minit ke 39 apabila Laurent Koscielny berjaya menjaringkan gol hasil hantaran sokratis, tapi gol beliau kali ini sedikit aneh apabila jaringan beliau mengunakan sentuhan bahu untuk bola menerjah jaring.

kedudukan arsenal diekori rapat oleh manchester united dengan pungutan mata yang sama, pendahulu liga liverpool terus di persada liga apbila berjaya menang keatas crystal palace 4-3 hasil bantuan dua gol penyerang yang tak perlu diperkenalkan lagi iaitu M.Salah. Pasukan di kedudukan kedua dan ketiga manchester city dan tottenham hotspur akan berlawan padan malam ini untuk terus memberi tekanan buat pendahulu liga liverpool.

Kedudukan selepas tamat perlawanan semalam









EPL : Arsenal 2-0 Chelsea - 20/1/2019 EPL : Arsenal 2-0 Chelsea - 20/1/2019 Reviewed by Anonymous on January 20, 2019 Rating: 5

No comments:

Pulau Pinang Kecewakan Penyokong Di Bandaraya

Pasukan Pulau Pinang bermula langkah kiri bagi kempen permulaan saingan liga permier apabila dikalahkan oleh pasukan Terangganu FC ll d...

Powered by Blogger.