Chan Vathanaka Sertai PKNS FC



Pemain muda kemboja Chan Vathanaka yang berusia 24 tahun kini sah sertai pasukan liga super malaysia iaitu PKNS FC, beliau yang merupakan pemain utama skuad kebangsaan kemboja akan sertai PKNS FC bagi musim 2019 untuk mengisi slot sebagai pemain import asean.

Beliau tidak lagi asing dengan liga malaysia kerana sebelum ini dia pernah bermain dengan salah satu pasukan liga di malaysia iaitu pasukan liga super Pahang FA sebelum disingkirkan, walaupun prestasi beliau di peringkat terbaik namun tidak mendapat tempat semasa berada di Pahang.

Namun peluang beliau untuk sekali lagi menyertai liga di malaysia nampaknya cerah apabila PKNS FC menyambar beliau. Mungkin disebabkan prestasi baik beliau semasa sertai skuad kemboja di kejohanan AFF suzuki cup 2018 baru-baru ini telah mendapat perhatian dan minat skuad PKNS. Semoga maju jaya buat Chan Vathanaka..


Chan Vathanaka Sertai PKNS FC Chan Vathanaka Sertai PKNS FC Reviewed by Anonymous on January 18, 2019 Rating: 5

No comments:

Pulau Pinang Kecewakan Penyokong Di Bandaraya

Pasukan Pulau Pinang bermula langkah kiri bagi kempen permulaan saingan liga permier apabila dikalahkan oleh pasukan Terangganu FC ll d...

Powered by Blogger.