Saingan liga malaysia bermula hari ini yang membabitkan pasukan liga super dan liga premier, setelah beberapa bulan berehat kini peminat bolasepak tanah air akan kembali menyaksikan saingan hebat baik di liga super mahupun di liga perdana.
Perlawanan liga super yang membabitkan pasukan pahang menentang tuan rumah kuala lumpur dilihat memihak kepada pasukan pelawat apabila pagang tiada masalah membawa pulang 3 mata ditempat lawan sekaligus menduduki tangga pertama liga buat sementara waktu.
Pahang membuka jaringan pertandingan menerusi pemain import baru yang berasal dari indonesia, pemain muda iaitu saddil ramdani apabila mudah menolak masuk bola ke gawang kuala lumpur pada minit 23 separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua tuan rumah tidak menunggu lama apabila berjaya menyelamatkan kedudukan 1-1 menerusi Afiq Ahmad Razali pada minit 48. Kedudukan 1-1 nampaknya tidak bertahan lama apabila pemain yang tidak asing lagi iaitu dikson nwakaeme kembali meletakkan pahang di depan pada minit ke 52 selepas kuala lumpur menyelamatkan kedudukan.
Dikala perlawanan dilihat bakal berkesudahan dengan 2-1, dickson seolah-olah ingin membuktikan bahawa dia antara pemain import yang digeruni pada musim ini dengan menjaringkan gol kedua peribadi pada minit akhir perlawanan untuk jaringan gol ketiga pahang,sekaligus meletakkan pahang dikedudukan selesa. Menariknya gol kedua beliau berjaya mengelecek dua pertahan tuan rumah dan juga memperdayakan penjaga gol kuala lumpur untuk melengkapkan kemenangan selesa 3-1.
saddil ramdani |
Dikson Nwakaeme Bantu kemenangan Pahang Keatas Kuala Lumpur
Reviewed by abang burung
on
February 02, 2019
Rating:
No comments: